KAMUNTING: Jenazah legenda bola sepak negara, Allahyarham Shaharuddin Abdullah, 75, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kamunting di sini, petang Khamis.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Nurul Hidayah Kampung Bukit Jana, selepas solat Zohor.
Solat jenazah diimamkan sendiri cucu Allahyarham, Azizul Hakim Azizul Aswad, 15, dan disertai kira-kira 200 jemaah.
Selesai solat, jenazah dibawa ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira lima kilometer daripada Surau Nurul Hidayah.
Urusan pengkebumian Allahyarham selesai kira-kira jam 3 petang yang turut dihadiri kira-kira 100 orang ahli keluarga, sahabat handai dan para peminat bola sepak tempatan.
Turut membantu kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Penjara Taiping.
Terdahulu, Allahyarham meninggal dunia, di Hospital Taiping, di sini, akibat penyakit asma awal pagi Khamis.
Anak keduanya Shahrina, 42, berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak pada kira-kira pukul 5.07 pagi.
Sementara itu, Allahyarham Shaharuddin disifatkan sebagai seorang yang tegas dan sangat berdisiplin.
Ia diakui oleh anak keenam Allahyarham, Shafiq Shaharudin, 29, yang turut mengikut jejak ayahnya bermain bola sepak.
Bagaimanapun, kata Shafiq yang bermain dengan KL Rover di Liga M3, ayahnya juga seorang insan yang penuh dengan kasih sayang.
Menurutnya, ayahnya sentiasa tegas dalam setiap keputusan terutamanya ketika menasihati anak-anaknya.
“Ayah sakit sejak dua tahun lalu namun dalam sakit-sakitnya tu dia sangat mengambil berat tentang keluarga dan cucunya malah sejak kebelakangan ini beliau sentiasa mahu bersama anak-anaknya balik.
"Allahyarham juga merupakan 'penasihat' paling utama dalam kerjaya saya sebagai pemain bola sepak, saya akan minta nasihat daripada beliau tentang apa jua, kini semuanya tinggal kenangan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Shafiq walaupun dia sekeluarga berasa amat sedih tetapi menganggap pemergian itu sebagai suratan takdir dan satu ketentuan daripada Allah SWT.
"Cumanya saya sedikit ralat sebab semalam saya dah ada di Taiping namun selepas dimaklumkan ayah akan pulih dalam beberapa hari maka saya ambil keputusan untuk pulang ke Johor.
"Apabila dah sampai di Johor, saya terima panggilan dari kakak menyatakan ayah sudah tenat dan saya tak sempat berada di sisinya pada saat akhir.
“Mungkin ada hikmahnya sebab saya balik (ke Johor) untuk bawa anak isteri ke pengebumian ayah," ujarnya.
Allahyarham merupakan adik kepada seorang lagi legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Namat Abdullah, mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Munich 1972 bersama pasukan Harimau Malaya.
Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak dan dua daripadanya, Shafiq, 29, Shahwan, 28, mengikut jejaknya bermain bola sepak.
Allahyarham yang diberi gelaran seperti 'The Black Cat' dan 'Sharpshooter' mula bermain untuk pasukan kebangsaan pada 1967 sehingga 1981.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Dec 28 2023
Jenazah legenda bola sepak negara, Allahyarham Shaharuddin Abdullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kamunting petang Khamis. - Foto Astro AWANI
Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Armizan
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
Rekod dunia selesaikan kiub Rubik terpantas kini 0.305 saat
Hari ini Rekod Buku Guinness mengumumkan rekod dunia menyelesaikan kiub teka teki Rubik kini dipegang oleh Mitsubishi Electronics. Robot yang dihasilkan Mitsubishi menyelesaikan kiub dalam masa hanya
Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah yang menganjurkan parti liar 'Aloha Party' Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000.
Hubungan dingin AS-China: Malaysia ambil pendekatan ‘neutral’ - PM Anwar
Malaysia mengambil pendirian untuk tidak akan menyebelahi mana-mana pihak susulan ketegangan yang berlaku dalam hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Pelajar IPTS maut jatuh dari tingkat 21 hotel
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahamd berkata, pelajar berusia 24 tahun itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
Duta Palestin ke PBB sambut baik keputusan ireland, Norway, Sepanyol iktiraf negara Palestin
Duta Palestin ke PBB Riyad Mansour menyambut baik keputusan Ireland, Norway dan Sepanyol pada Rabu untuk mengiktiraf negara Palestin.
Budaya mengkafir sesama Islam boleh datangkan kemusnahan dahsyat - Saifuddin
Perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam adalah dilarang dengan sesiapa menuduh seorang Muslim sebagai kafir sewenangnya adalah perbuatan yang salah.
NVIDIA bakal keluar cip AI baharu setiap tahun
Di Malaysia, pusat data AI di Johor adalah antara yang terawal di dunia dilengkapi cip Blackwell.
Badminton Malaysia Masters: Tang Jie-Ee Wei tempah slot awal ke suku akhir
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mudah menyingkirkan lawan dari India untuk meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir dalam kejohanan Malaysia Masters 2024.
Jenazah legenda bola sepak, Shaharuddin Abdullah selamat dikebumikan
Jenazah legenda bola sepak negara, Allahyarham Shaharuddin Abdullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kamunting petang Khamis.